Thursday, October 20, 2011

Kenapa orang tak suka Cinta Muka Buku? - Najwa Latif

Siapa diantara korang yang xsuka lagu Cinta Muka Buku aka CMB nyayian Najwa Latif niwh n apa sebabnya?... Sebenarnya Dulu masa mula2 aku dengar lagu niwh pun xberapa nak suka juga.. hihihi .. Entah kenapalah kan tapi yang pasti waktu tu aku membayangkan lagu ni dengar macam ala2 gedik gitu.. then aku fikir mesti penyanyi dia niwh pun ala2 seksi n gedik2 jugak.. hahaha (teruk giler kan first impression aku).

Tetapi segala andaian aku tu berubah selepas aku mula tengok video2 Najwa Latif di Youtube. Fuh boleh tahan gak bakat budak comel niwh kan, aku suka lagu2 cover dia tu, antara top list aku ialah price tag, marry you n xlupa jugak lagu back to december siap ada MV sekali uols. Yang lebih mengagumkan aku Video Klip CMB da menarik lebih daripada 3 juta viewers.. walaweh Kau ader . Dan secara naturalnyer aku pun jatuh hati dengan lagu CMB niwh, tetiba jer sedap pulak lagu niwh..hahaha (ntahpaper aku niwh)


Ramai jer yang xberapa suka Najwa Latif niwh antara reason yang aku tau ialah ada yang cakap dia niwh tiru imej Yuna la..hoho iya ker? tapi pada aku xadalah la pulak yg samanyer, cuma mungkin sebab dua2 pun pakai tudung n main gitar kan. Ada Juga kontroversi pasal lagu CMB yang dikatakan menghina Tuhan. Tetapi apa yang aku tau aku suka dengan bakat dan lagu2 dia. Aku pun suka dengan attitude si gadis comel niwh. N sebagai peminat aku pun berharap dia akan kekal begitu walaupun da semakin famous..

Niwh Ada aku sertakan profil nyer ok uols..

Profil Najwa Latif

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog: http://najwalatifs.blogspot.com/
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

Wednesday, October 19, 2011

Kisah agung "Hachiko" si anjing setia




Hari tu aku ada tengok sebuah movie jepun bertajuk Hachiko monogatari yang bagi aku amat hebat. huhuhu mencurah-curah airmata aku tengok citer niwh, agaknya kalau ada orang nampak aku meraung bagai masa tengok citer niwh pun aku dah xpeduli da. hehehhe sebenarnya ia di adaptasi melalui kisah seekor anjing bernama Hachiko yang begitu setia kepada tuannya hingga keakhir hayatnya. Kalau korang nak tahu dekat US pun diorang da re-film balik kisah Hachiko niwh dan diberi tajuk Hachi - A Dog’s Tale yang dibintangi oleh Richard Gere. Legend beb anjing niwh.. hehhehe

Kat sini aku sertakan sikit kisah Si anjing Hachiko yang aku sayang sangat niwh. hehhehhe.....

Seekor anjing setia Hachiko adalah sebuah kisah benar yang terjadi pada 1924 di Jepun. Hachiko, dipelihara oleh tuannya yang bernama Ueno Hidesa-buro dibawa pindah ke Tokyo. Ueno adalah profesor jurusan ilmu pertanian di Universiti Tokyo. Setiap pagi Hachiko selalu berada di depan pintu rumah menghantar Ueno ke pejabat, dan pada petangnya dia berlari ke Stesen Keretapi Shibuya untuk menyambut kepulangan tuannya dari pejabat. Hubungan akrab mereka terus berlangsung sehinga tahun 1925. Pada suatu malam, Ueno tidak pulang seperti biasa kerana di serang penyakit stroke ketika di dewan kuliah dan terus meninggal dunia, Sejak itu lah Hachiko terus menjadi penunggu setia di stesen shibuya tanpa menyedari tuanya telah tiada.

Setelah kematian Ueno Hidesaburo, Hachiko dipelihara oleh Kobayashi Kikusaburo, tetapi Hachiko selalumelarikan diri dari rumah Kobayashi dan meneruskan rutin hariannya kembali ke tempat tinggalnya yang lama. Setelah berkali-kali kecewa, Dia mula menyadari tuannya sudah tidak tinggal di rumah lama itu lagi. Kemudianya dia akan tetap ke stesen Shibuya untuk menjemput tuanya setiap hari walaupun terus kecewa. Rutin kehidupan Hachiko ini berlangsung selama 10 tahun. dia selalu tiba tepat waktunya di stesen setiap petang dan terus menanti. Pada suatu hari, seorang murid Ueno Hidesaburo bertemu Hachiko di stesen itu dan mengekorinya ke rumah Kobayashi.

Dari cerita Kobayashi murid itupun mengetahui kisah Hachiko. Tak lama kemudian, murid itu menulis artikel tentang Hachiko. Pada tahun1932, artikel kemudian di terbitkan di dalam akhbar terbesar di Tokyo, dan kisah Hachiko terus mencuri tumpuan seluruh wargaJepun. Kesetiaan terhadap tuannya telah mengharukan seluruh rakyat Jepun. Para guru dan ibu bapa menjadikan Hachiko inspirasi kesetiaan terhadap keluarga dalam mendidik anak, dia telah mendidik kepada masyarakat mengenai cinta dan kesetiaan tulus yang pantang menyerah. Mereka memanggilnya “Anjing setia”.

Pada April tahun 1934, warga setempat mendirikan tugu peringatan Hachiko di depan Stesen Shibuya. Hachiko juga menghadiri acara pembukaan tugu tersebut. Dan kemudiannya, pintu masuk stesen yang berdekatan dengan tugu peringatan tersebut dinamakan “Pintu masuk Hachiko”.

Itulah kisah Si Hachiko, binatang pun tahu menghargai kasih sayang dan kesetiaan kan.. Korang tengok lah citer niwh kalau korang pun nak buat exercise mata macam aku... hehhehe

Friday, October 7, 2011

Aku suka lagu ini.. Kisah Dongeng by Stacy...

Kalau dah nama Gegirl tu mesti xlari daripada sifat2 jiwang, touching niwh kan. Hahhaha bila seorang gegirl tu dah masuk mode gitu mula lah fikir semua lagu2 sedih tu ada kaitan dengan kisah hidup memasing. Alolo xpa la kali ini aku pun nak layan gak lagu favourite aku skunk ini adalah lagu Kisah dongeng daripada Stacy.(walaupun lagu niwh da agak lama aku yg lambat. hiihi) and kat bawah tu ada instrumental version dia.. layankan perasaan uols k.... Hehhehe

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Friday, December 17, 2010

Entri pertamaku...

Assalamualaikum wbt..Hari ini mrupakn hari pertama bagiku utk menulis blog. Xtau sebanarnya apa yg nak dtuliskn.Tapi ini barulah sebuah permulaan kan hihihi. Budak2 baru nk belajar kn. Kepada para2 pemblogger. ANAK CUCU TUMPANG LALU YER.. wakaka. By the way aku ni pun terkena penyakit pemblogger oleh para sahabat aku jugak yg selalu mempromote keserokan berblog ni. Ketika itulah hati aku berkata2. xble jadi ni, pastu aku pun g register utk akaun dekat blogger. hihihi. Itupun senyap2 jer. Malu kot! ceh lawak jer hahahah. Lepas register aku peramkan la blog ni selama beberapa ketika dan hari ini barulah aku sempat merealisasikannya, itupun cuma lah entry ni yang agak xsemenggah mana ni. (Kau ader!) hihi