Thursday, October 20, 2011

Kenapa orang tak suka Cinta Muka Buku? - Najwa Latif

Siapa diantara korang yang xsuka lagu Cinta Muka Buku aka CMB nyayian Najwa Latif niwh n apa sebabnya?... Sebenarnya Dulu masa mula2 aku dengar lagu niwh pun xberapa nak suka juga.. hihihi .. Entah kenapalah kan tapi yang pasti waktu tu aku membayangkan lagu ni dengar macam ala2 gedik gitu.. then aku fikir mesti penyanyi dia niwh pun ala2 seksi n gedik2 jugak.. hahaha (teruk giler kan first impression aku).

Tetapi segala andaian aku tu berubah selepas aku mula tengok video2 Najwa Latif di Youtube. Fuh boleh tahan gak bakat budak comel niwh kan, aku suka lagu2 cover dia tu, antara top list aku ialah price tag, marry you n xlupa jugak lagu back to december siap ada MV sekali uols. Yang lebih mengagumkan aku Video Klip CMB da menarik lebih daripada 3 juta viewers.. walaweh Kau ader . Dan secara naturalnyer aku pun jatuh hati dengan lagu CMB niwh, tetiba jer sedap pulak lagu niwh..hahaha (ntahpaper aku niwh)


Ramai jer yang xberapa suka Najwa Latif niwh antara reason yang aku tau ialah ada yang cakap dia niwh tiru imej Yuna la..hoho iya ker? tapi pada aku xadalah la pulak yg samanyer, cuma mungkin sebab dua2 pun pakai tudung n main gitar kan. Ada Juga kontroversi pasal lagu CMB yang dikatakan menghina Tuhan. Tetapi apa yang aku tau aku suka dengan bakat dan lagu2 dia. Aku pun suka dengan attitude si gadis comel niwh. N sebagai peminat aku pun berharap dia akan kekal begitu walaupun da semakin famous..

Niwh Ada aku sertakan profil nyer ok uols..

Profil Najwa Latif

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog: http://najwalatifs.blogspot.com/
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

No comments:

Post a Comment