Wednesday, October 19, 2011

Kisah agung "Hachiko" si anjing setia




Hari tu aku ada tengok sebuah movie jepun bertajuk Hachiko monogatari yang bagi aku amat hebat. huhuhu mencurah-curah airmata aku tengok citer niwh, agaknya kalau ada orang nampak aku meraung bagai masa tengok citer niwh pun aku dah xpeduli da. hehehhe sebenarnya ia di adaptasi melalui kisah seekor anjing bernama Hachiko yang begitu setia kepada tuannya hingga keakhir hayatnya. Kalau korang nak tahu dekat US pun diorang da re-film balik kisah Hachiko niwh dan diberi tajuk Hachi - A Dog’s Tale yang dibintangi oleh Richard Gere. Legend beb anjing niwh.. hehhehe

Kat sini aku sertakan sikit kisah Si anjing Hachiko yang aku sayang sangat niwh. hehhehhe.....

Seekor anjing setia Hachiko adalah sebuah kisah benar yang terjadi pada 1924 di Jepun. Hachiko, dipelihara oleh tuannya yang bernama Ueno Hidesa-buro dibawa pindah ke Tokyo. Ueno adalah profesor jurusan ilmu pertanian di Universiti Tokyo. Setiap pagi Hachiko selalu berada di depan pintu rumah menghantar Ueno ke pejabat, dan pada petangnya dia berlari ke Stesen Keretapi Shibuya untuk menyambut kepulangan tuannya dari pejabat. Hubungan akrab mereka terus berlangsung sehinga tahun 1925. Pada suatu malam, Ueno tidak pulang seperti biasa kerana di serang penyakit stroke ketika di dewan kuliah dan terus meninggal dunia, Sejak itu lah Hachiko terus menjadi penunggu setia di stesen shibuya tanpa menyedari tuanya telah tiada.

Setelah kematian Ueno Hidesaburo, Hachiko dipelihara oleh Kobayashi Kikusaburo, tetapi Hachiko selalumelarikan diri dari rumah Kobayashi dan meneruskan rutin hariannya kembali ke tempat tinggalnya yang lama. Setelah berkali-kali kecewa, Dia mula menyadari tuannya sudah tidak tinggal di rumah lama itu lagi. Kemudianya dia akan tetap ke stesen Shibuya untuk menjemput tuanya setiap hari walaupun terus kecewa. Rutin kehidupan Hachiko ini berlangsung selama 10 tahun. dia selalu tiba tepat waktunya di stesen setiap petang dan terus menanti. Pada suatu hari, seorang murid Ueno Hidesaburo bertemu Hachiko di stesen itu dan mengekorinya ke rumah Kobayashi.

Dari cerita Kobayashi murid itupun mengetahui kisah Hachiko. Tak lama kemudian, murid itu menulis artikel tentang Hachiko. Pada tahun1932, artikel kemudian di terbitkan di dalam akhbar terbesar di Tokyo, dan kisah Hachiko terus mencuri tumpuan seluruh wargaJepun. Kesetiaan terhadap tuannya telah mengharukan seluruh rakyat Jepun. Para guru dan ibu bapa menjadikan Hachiko inspirasi kesetiaan terhadap keluarga dalam mendidik anak, dia telah mendidik kepada masyarakat mengenai cinta dan kesetiaan tulus yang pantang menyerah. Mereka memanggilnya “Anjing setia”.

Pada April tahun 1934, warga setempat mendirikan tugu peringatan Hachiko di depan Stesen Shibuya. Hachiko juga menghadiri acara pembukaan tugu tersebut. Dan kemudiannya, pintu masuk stesen yang berdekatan dengan tugu peringatan tersebut dinamakan “Pintu masuk Hachiko”.

Itulah kisah Si Hachiko, binatang pun tahu menghargai kasih sayang dan kesetiaan kan.. Korang tengok lah citer niwh kalau korang pun nak buat exercise mata macam aku... hehhehe

No comments:

Post a Comment